Aktiviti 1 : Pengektrakan
Set Induksi
1) Guru memulakn pengajaran dengan menyoal pelajar , bagaimana untuk menghalang tomato dari cepat rosak. (Jawapan pelajar : simpan dalam peti sejuk)
2) Guru memperkenalkan dan seterusya menghubungkaitkan Bioteknologi dengan DNA.
(Guru memberikan jawapan : Mengubah DNA tomato)
Prosedur:
1) Hirisan bawang dimasukkan ke dalam mikrotiub sebanyak 0.5 mL dan larutan hijau sebanyak 0.5 ml.
2) Bawang dihancurkan sehingga lumat dengan menggunakan pensel plastik.
3) Mikrotiub ditandakan nama pemilik dengan marker sebelum dimasukkan ke dalam mesin centrifuge selama 5 minit dengan kelajuan 1300 rpm.
4) Selepas 5 minit, keluar mikrotiub dikeluarkan dari mesin dan digoncang dengan kuat.
Perbincangan dan Pemerhatian:
1) Fungsi mesin centrifuge dan cecair tidak berwarna dijelaskan oleh guru. DNA tidak larut dalam alkohol.
2) Guru memberitahu pelajar apakah komposisi cecair hijau.
3) Selepas mikrotiub digoncang, 2 lapisan terbentuk . Lapisan teratas adalah DNA
Aktiviti 2 : Membina Model DNA
Prosedur:
1) Susun straw secara berpasangan, A-T dan C-G menggunakan foam berlubang. Sila rujuk lampiran. Susun sehingga semua lubang dipenuhi. Putarkan Foam sehingga bentuk helix ganda dua diperolehi.
Refleksi
1) Merujuk kepada artikel di beri. Pelajar dikehendaki mengenalpasti keluarga bagi bayi bayi 1,2 dan 3